Premis GISB di Mutiara Rini beroperasi seperti biasa
Iklan
Premis GISB di Taman Mutiara Rini yang beroperasi seperti biasa.
JOHOR BAHRU -Beberapa premis perniagaan seperti kedai serbaneka, pusat rawatan dan restoran Ikhwan yang berada di bawah naungan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Mutiara Rini, di sini didapati beroperasi seperti biasa di sebalik isu ekploitasi kanak-kanak yang dikaitkan dengan mereka.
Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati rata-rata premis yang 'bernaung' di bawah label GISBH tetap beroperasi namun tiada kelihatan kelibat kanak-kanak bawah umur yang dikatakan dipaksa bekerja di premis-premis berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurut seorang pekerja bengkel di kawasan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rocky, dia tidak pernah melihat premis GISBH di kawasan berkenaan menggunakan pekerja kanak-kanak bawah umur seperti yang didakwa.
Malah katanya, premis GISBH di situ beroperasi seperti premis-premis biasa bagi memberikan khidmat kepada pelanggan.
Iklan
"Selama premis ini dibuka, tiada pulak saya nampak budak-budak yang kerja di situ, kalau pelanggan bawa anak-anak tu adalah.
"Saya pun ada juga beli barang-barang di situ dan memang tak adalah saya nampak pekerja mereka melibatkan kanak-kanak," katanya.
Iklan
Kafe milik GISB di Mutiara Rini.
Sementara itu, seorang wakil dari perniagaan di bawah GISB berkata, dakwaan mengatakan mereka mengeksploitasikan kanak-kanak adalah tidak benar.
Malah katanya, isu yang berlaku di tempat lain sebenarnya tidak ada kaitan dengan mereka di sini (Mutiara Rini).
Untuk rekod, Sabtu lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan PDRM sedang memantau GISBH yang disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak susulan empat laporan terbaharu yang diterima di Selangor.
Ayob Khan berkata, modus operandi syarikat itu dikesan banyak menubuhkan rumah amal kebajikan bagi tujuan kutipan derma.
Katanya, syarikat berkenaan adalah antara serpihan sebuah pertubuhan ajaran sesat diharamkan sebelum ini dan berada dalam senarai 114 kumpulan ajaran sesat dipantau Pasukan Cawangan Khas PDRM.
Sementara itu pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dikaitkan GISBH di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Ujarnya, PDRM menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH di Negeri Sembilan dan Selangor.
Razarudin memberitahu, GISBH kini disiasat antaranya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.