Pencemaran bau kimia: Tiga sekolah ditutup jalani PDPR
Iklan
Sungai Tebrau yang berhampiran dengan SK Kampung Maju Jaya.
JOHOR BAHRU - Tiga sekolah melibatkan SK Maju Jaya serta Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah, disahkan mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), setelah ketiga-tiganya diarah ditutup.
Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Azman Tamin, ketiga-tiga sekolah berkenaan ditutup susulan bau busuk dipercayai akibat bau kimia di Sungai Tebrau, berhampiran sekolah berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kesemua pelajar dari ketiga-tiga sekolah ini akan meneruskan proses PDPR.
"Penutupan ini melibatkan 874 murid dan 64 guru dari SK Kampung Maju Jaya, 1,232 murid, 92 guru (Sekolah Rendah Islam Hidyah) dan 807 pelajar, 75 guru (Sekolah Menengah Islam Hidayah),” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Iklan
Untuk rekod, pencemaran bau itu dipercayai bermula apabila penduduk Kampung Melayu Pandan, di sini, hingga menyebabkan penduduk di situ berasa loya dan mengalami muntah-muntah serta pening kepala.
Keadaan berkenaan turut menyebabkan sebuah tabika dan sekolah agama di kampung berkenaan ditutup.
Iklan
Terdahulu, pencemaran (bau) tersebut dikesan berlaku di Kampung Orang Asli Pasir Intan, manakala pada Jumaat pula dikesan di di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya.
Terbaru, pencemaran bau kimia tersebut dikesan berlaku di Sungai Tebrau di Kampung Maju Jaya di sini dan dengan beberapa murid mengalami gejala kesihatan akibat pencemaran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>