Klinik Kesihatan Air Putih baharu mampu tampung 500 pesakit sehari
Iklan
Dr Dzulkefly (duduk tengah) bersama warga Klinik Kesihatan Air Putih selepas majlis perasmian klinik berkenaan pada Jumaat.
BALIK PULAU - Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih bernilai RM30 juta telah siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2023 dan mula beroperasi pada 26 Februari lalu bagi menggantikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Air Putih sedia ada.
Klinik tersebut turut dilengkapi dengan 16 unit kuarters untuk kakitangan yang bertugas.
Iklan
Iklan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Klinik Kesihatan Air Putih yang baharu itu menawarkan perkhidmatan kesihatan lebih menyeluruh meliputi rawatan pesakit luar, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, klinik pergigian, rawatan kecemasan, perkhidmatan farmasi, makmal perkhidmatan diagnostik dan perkhidmatan sokongan lain.
Menurutnya, klinik kesihatan tersebut juga mampu menampung kapasiti sehingga 500 pesakit sehari.
Iklan
"Klinik baharu ini adalah untuk menggantikan klinik sedia ada yang tidak lagi dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan pada masa ini.
"Dengan kemampuan menampung kapasiti sehingga 500 pesakit, kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan primer untuk penduduk Balik Pulau akan dapat ditingkatkan," katanya pada Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Air Putih, di sini pada Jumaat.
Iklan
Turut hadir, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Danial Gooi Zi Sen dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.
Jelas Dr Dzulkefly, selaras dengan pengoperasian klinik tersebut, perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar di Hospital Balik Pulau telah ditutup dan dipindahkan ke Klinik Kesihatan Air Putih.
"Susulan perpindahan tersebut, perkhidmatan di Hospital Balik Pulau ditambah baik melalui pengoperasian klinik pakar melibatkan 15 bidang kepakaran yang ditawarkan di ruang asal jabatan pesakit luar.
"Oleh itu, kesesakan yang berlaku di Hospital Balik Pulau dapat dikurangkan secara signifikan serta membolehkan pesakit mendapatkan perkhidmatan kepakaran dengan lebih cepat dan efisien," katanya.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly menambah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kerja Raya sedang menyiapkan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Bandar Tasek Mutiara di Seberang Perai Selatan bernilai RM30 juta.
"Selain itu, pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) dan Kuarters Integrasi Mak Mandin di Seberang Perai Utara yang dijangka bermula pada tahun hadapan dengan nilai RM54 juta.
"KKM juga memperuntukkan RM150 juta untuk pembaikan dan naik taraf 400 klinik daif seluruh negara. RM4.5 juta daripadanya adalah khusus untuk 11 buah klinik daif di Pulau Pinang.
"Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan serta merta pembangunan semula Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bayan Lepas dengan kos RM72 juta," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.