Atlet di Perak digesa buat laporan jika keselamatan terancam

Iklan
Khairudin (kiri) ketika menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Countdown 100 Hari Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak XXI 2024 di Galasa Caldwell di sini pada Rabu.

IPOH - Semua atlet di Perak termasuk pemain bola sepak digesa membuat laporan kepada agensi keselamatan jika menerima sebarang ancaman.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, insiden yang berlaku kepada Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Syafiq Rahim menjadi iktibar malah kerajaan negeri turut bersimpati kepada tiga pemain kebangsaan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, biarpun kejadian yang menimpa tiga pemain bola sepak itu bukan berlaku ketika mereka menjalani latihan tetapi atlet di negeri perlu berwaspada dan mengguna pakai kod sukan selamat seperti disediakan Kementerian Belia dan Sukan.

"Kerajaan Perak cukup simpati dengan peristiwa atau tragedi yang menimpa tiga orang pemain bola sepak Malaysia itu, cuma kita kena memastikan bahawa keselamatan gelanggang dan juga fasiliti sukan itu perlu dijaga. Saya juga lihat dari segi KBS kita ada kod sukan selamat maksudnya kod sukan selamat itu perlu dipraktikkan.

Iklan

"Saya juga mengingatkan semua atlet kena mematuhi keselamatan ditetapkan dan jika ada sebarang kejadian tidak diingini perlu buat laporan segera kepada pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sukan Negeri Perak dan Countdown 100 Hari Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak XXI 2024 di Galasa Caldwell di sini pada Rabu.

Hadir menyempurnakan majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Iklan

Pada 5 Mei, Faisal Halim cedera di bahagian lengan dan badannya selepas diserang seorang individu tidak dikenali dengan menggunakan asid.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 5 petang Ahad.

Susulan kejadian berkenaan, pemain Selangor FC tersebut terpaksa menjalani pembedahan di hospital selepas mengalami kelecuran tahap empat.

Sementara itu, pada 3 Mei lalu, pemain kebangsaan dan juga Terengganu FC, Akhyar diserang sebelum disamun di Kuala Terengganu, Terengganu.

Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain tersebut cedera.

Difahamkan, suspek melarikan telefon bimbit dan dompet pemain tersebut sebelum melarikan diri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!