Protes pro-Palestin merebak luas

Iklan
Ribuan pelajar melakukan demonstrasi di Universiti Michigan gesa pihak universiti putuskan hubungan dengan Israel. Foto Agensi

PARIS - Bantahan pelajar terhadap pencerobohan Israel di Genting Gaza berikutan serangan tidak pernah berlaku pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu telah merebak ke beberapa negara.

Berikut adalah rangkuman kempen utama.

Iklan
Iklan

Amerika Syarikat (AS)

Penunjuk perasaan telah berkumpul di sekurang-kurangnya 40 kampus universiti di AS sejak 17 April dengan mendirikan khemah bagi membantah jumlah kematian yang meningkat di Genting Gaza.

Pelajar dirikan khemah di luar Universiti Chicago bagi menggesa gencatan senjata kekal di Gaza. Foto AFP

Iklan

Hampir 2,000 orang telah ditahan dalam demontrasi tersebut.

Penunjuk perasaan bertindak membuat halangan di Universiti Columbia, iaitu pusat bantahan di New York dan turut mendakwa anggota polis melakukan 'kekejaman' semasa mengusir mereka keluar dari universiti itu.

Penunjuk perasaan melakukan bantahan di luar Institut Seni Chicago yang mennggesa penamatan pencerobohan Israel di Gaza. Foto AFP

Iklan

Perancis

Pada Jumaat, polis secara paksa memindahkan penunjuk perasaan pro-Palestin yang berkumpul di Sekolah Sains Politik di Paris.

Pegawai berkata, seramai 91 orang ditangkap dalam demonstrasi itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengutuk sekatan di Sekolah Sains Politik dan universiti lain yang 'menghalang pendebatan' untuk kebebasan bersuara.

Jerman

Pihak berkuasa terpaksa campur tangan pada Jumaat untuk mengusir penunjuk perasaan di luar Universiti Humboldt di tengah Berlin.

Katanya, sebilangan penunjuk perasaan telah 'diusir secara paksa' selepas enggan berkhemah ke lokasi lain.

Datuk Bandar Berlin, Kai Wegner mengkritik protes tersebut menyatakan bahawa bandar itu tidak mahu melihat demonstrasi seperti mana yang berlaku di AS atau Perancis.

Kanada

Sekumpulan pelajar membantah serangan Israel ke atas Gaza di lokasi di bandar seperti Montreal, Ottawa, Toronto dan Vancouver.

Ratusan pelajar telah menyertai kem terbesar pertama di Universiti McGill Montreal sehingga menyebabkan polis melakukan tindakan mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

Mereka telah berikrar untuk kekal di sana sehingga universiti tersebut memutuskan semua hubungan kewangan dan akademik dengan Israel.

Australia

Ratusan pro-Palestin dan Israel bertelagah di Universiti Sydney pada hari Jumaat, menjerit slogan dan mengibarkan bendera negara Palestin dan Israel.

Penunjuk perasaan itu telah berkumpul selama 10 hari di atas rumput pekarangan universiti itu sambil mendesak pihak pentadbir memutuskan hubungan dengan institusi Israel dan menolak pembiayaan dari syarikat senjata api.

Ireland

Pelajar di Trinity College Dublin berkumpul pada Jumaat sambil menyifatkan protes itu sebagai 'perkhemahan perpaduan demi Palestin'.

Mexico

Puluhan pelajar universiti UNAM yang terbesar di negara itu mendirikan khemah pada Khamis, sambil melaungkan 'Bebaskan Palestin'

Mereka mahu kerajaan Mexico memutuskan semua hubungan dengan Israel.

Switzerland

Kira-kira 100 pelajar berkumpul pintu masuk sebuah bangunan di Universiti Lausanne yang menggesa pihak pentadbir memutuskan hubungan akademik dengan Israel dan melaksanakan gencatan senjata segera di Gaza. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!