HAMILTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu menandatangani"Memorandum Presiden” yang mengarahkan agensi kerajaan menarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa yang menurut pentadbiran itu tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan AS, lapor Anadolu Ajansi.
"Memorandum itu mengarahkan semua Jabatan dan Agensi Eksekutif menghentikan penyertaan dan pembiayaan terhadap 35 organisasi bukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta 31 entiti PBB yang beroperasi bercanggah dengan kepentingan nasional, keselamatan, kemakmuran ekonomi atau kedaulatan AS,” menurut maklumat yang dikongsi Rumah Putih.