'Saya ikhlas mohon maaf' - Sanusi
Iklan
Sanusi (kiri) dan Laporan Sinar Harian.
YAN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau ikhlas ketika memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra pada malam Sabtu.
Beliau menyifatkan, permohonan maaf sesama manusia adalah wajib dan ia satu perbuatan mulia terutamanya bersempena Syawal.
Iklan
Iklan
Menurut Sanusi, memohon maaf atas sesuatu perkara juga adalah sifat-sifat pemimpin yang berjiwa besar.
"Sama ada dari segi adat (ataupun) dari segi budaya, memang kita macam itu kan. Beliau tetamu kita yang datang tempat kita. Tentulah kita kena hormat.
Iklan
"Menghormati tetamu wajib Nabi (Muhammad) kata. Itu ada hadisnya. Jadi beramal dengan hadis, beramal dengan panduan-panduan Islam itu wajib," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di sini pada Ahad.
Iklan
Ketika mengulas lukisan karikatur beliau tunduk hormat memohon maaf kepada Perdana Menteri, Sanusi berkata, beliau tertanya-tanya mengapa ada yang mempersenda permohonan maaf dirinya.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau sememangnya sentiasa menghormati orang yang lebih tua daripada dirinya apabila berjumpa di mana-mana sahaja.
"Itulah gaya saya dan saya bukan berlakon, (sebaliknya) saya jadi diri saya yang sebenar. Apabila saya nampak komen-komen ini, (tertanya-tanya) baik pun salah (dan) tidak baik pun salah," katanya.
Beliau berkata, perkara-perkara baik termasuklah memohon maaf sepatutnya disuburkan dan bukannya dipersenda.
Kata Sanusi, seseorang individu itu dikhuatiri mewarisi sifat-sifat syaitan sekiranya sakit hati melihat orang lain membuat melakukan kebaikan.
"Siapa yang tidak suka kepada kebaikan adalah mewarisi sifat-sifat syaitan," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.