Tiga rakan samun warga emas dipenjara enam tahun, dua sebatan

Iklan
Tindakan tiga rakan meragut seorang pemandu teksi warga emas berbalas selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa.

MELAKA - Tindakan tiga rakan meragut seorang pemandu teksi warga emas berbalas selepas dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa.

Hakim Azaraorni Abd Rahman membuat keputusan itu selepas tertuduh Mohd Syukri Mohd Isa, 39; Muhammad Hafizi Azmi, 34, dan V Rakesh, 30, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pindaan, mereka bertiga telah melakukan samun berkumpulan terhadap Ibrahim Rashid, 72, sehingga menyebabkan kerugian RM400 dan mencederakan mangsa dengan kerusi plastik.

Perbuatan tersebut dilakukan kira-kira jam 2 petang di kawasan kebun kelapa sawit Jalan Parit Keliling menghala Rim di Jasin, pada 17 April lalu.

Iklan

Sabit kesalahan ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat mengikut

Pendakwaan bagi kesalahan itu dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Difahamkan tiga rakan itu telah menyewa sebuah teksi yang dipandu mangsa untuk ke Jasin dan setibanya di lokasi kejadian, salah seorang tertuduh mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dalam kebun kelapa sawit sebelum mencekik leher serta memukul mangsa hingga tidak sedarkan diri.

Impak kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka, lebam mata kiri, bibir dan kaki sebelah kiri bahagian paha bengkak, manakala barang-barang seperti dompet mengandungi kad bank, kad pengenalan, lesen, wang tunai, telefon bimbit termasuk teksi dilarikan tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan hukuman penjara dan sebat dengan mengambil kira jumlah kerugian serta kecederaan mangsa.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum bermula dari tarikh ditangkap dengan alasan mempunyai tanggungan anak dan ibu bapa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 17 April lalu dan dua sebatan terhadap kesemua tertuduh.

Sinar Harian pada 18 April lalu melaporkan seorang penjual tisu bersama tiga rakannya ditahan di sebuah hotel di Bukit Baru di selepas disyaki menyamun seorang pemandu teksi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 39 tahun termasuk seorang wanita ditahan pada hari sama selepas mangsa disamun dan ditinggalkan di Jalan Parit Keliling.

Menurutnya, mangsa memaklumkan dihampiri empat individu terbabit yang mengatakan mahu menyewa teksinya untuk ke Jasin ketika berada di stesen bas Tampin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!