Kerajaan beri tumpuan penuh baiki tata kelola - PM Anwar

Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia perlu belajar daripada pengalaman dan kelemahan lampau berkait rasuah serta jurang antara golongan miskin dan kaya yang masih melebar.

Beliau berkata, kelemahan itu menjadi faktor mendorong Kerajaan Madani untuk memberi tumpuan penuh terhadap usaha memperbaiki tata kelola dan tanggungjawab fiskal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati kemakmuran berpanjangan dan kualiti hidup yang lebih baik.

"Dalam ucapan, saya nyatakan betapa Malaysia sebuah negara bertuah dengan ekonomi kembali bertumbuh pesat serta menikmati keamanan dan kestabilan politik, ketimbang negara-negara lain yang masih berdepan kegawatan politik dan ekonomi kritikal.

Iklan

"Di hadapan pemimpin dunia dan perniagaan, saya turut berkongsi strategi dasar luar Malaysia yang berjaya membina hubungan baik serta mengimbangi pengaruh kuasa besar ekonomi dunia antara Amerika Syarikat dan China menerusi pendekatan bijaksana.

"Meskipun Malaysia amat mengalu-alukan pelaburan, namun kita tidak menggadaikan prinsip dan tegas dalam pendirian terkait isu geopolitik dunia. Malaysia tidak tunduk pada provokasi, syarat dan tekanan semata-mata demi perjanjian perdagangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi yang mengadakan Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF): Visi Baharu Pembangunan Global ketika ketegangan geopolitik serantau.

Ujarnya, Arab Saudi semakin mendapat perhatian dunia, khususnya daripada negara-negara Islam apabila mula mengorak langkah menerajui aspek kemajuan, globalisasi, transformasi digital dan peralihan tenaga.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri WEF di Riyadh.

Riyadh akan menjadi hos mesyuarat khas itu yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad dan bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan’.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!