Pelajar perempuan maut, rakan parah motosikal rempuh tembok pasar raya

Iklan
Orang ramai membantu dua mangsa selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan melanggar tembok pasar raya di Kulim pada Jumaat.

KULIM - Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh tembok sebuah pasar raya dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa Nurin Balqis Mohamad Zakri, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakan mangsa dikenali sebagai Nurul Natasha Mohd Shukri, 18, pula mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, bahu dan kakinya.

"Setiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum terlanggar tembok longkang lalu merempuh dinding sebuah pasar raya," katanya pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Azizul berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat manakala rakan mangsa yang parah pula sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kulim dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan