Pengedar ubat batuk kena cekup
Iklan
Ubat batuk yang dirampas di sebuah rumah di Kampung Gual To' Deh.
RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dipercayai pengedar ubat batuk ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Kampung Gual To' Deh semalam.
Dalam serbuan jam 10 pagi itu, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 turut merampas 63 botol bahan terlarang itu bersama wang tunai berjumlah RM1,436 dipercayai hasil jualan ubat batuk.
Iklan
Iklan
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua ubat batuk itu ditemui hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan di rumah tersebut.
AZHARI
"Berdasarkan siasatan awal dijalankan, suspek berusia 28 tahun itu mengakui kesemua barangan tersebut adalah miliknya dan ia dipercayai dijual kepada pengusaha air ketum," katanya.
Iklan
Menurutnya, kesemua barang kes dan suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, PGA Batalion 7 akan terus melipatgandakan operasi sepanjang penugasan di Op Wawasan Kelantan.
Iklan
PGA Batalion 7 turut merampas wang tunai berjumlah RM1,436 yang dipercayai hasil jualan ubat batuk.
"Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti jenayah rentas sempadan.
"Kita juga sedaya upaya akan berusaha memastikan aktiviti jenayah rentas sempadan dapat dikekang dengan sebaik mungkin," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>