Kegagalan jantung punca imam rebah
Iklan
Kegagalan jantung didakwa menjadi punca seorang imam rebah ketika mengimamkan solat Subuh di sebuah masjid di sini, pada awal pagi Jumaat.
SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Kegagalan organ jantung didakwa menjadi punca seorang imam rebah ketika mengimamkan solat Subuh di sebuah masjid di sini, pada awal pagi Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian daripada pihak Hospital Daerah Segamat sekitar jam 7.55 pagi.
Iklan
Iklan
Katanya, pihak hospital mengesahkan kematian lelaki berkenaan ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Daerah Segamat.
"Kejadian seorang imam rebah ketika mengimamkan solat di sebuah masjid menjadi tular di media sosial menerusi beberapa akaun Facebook.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN:Imam rebah, meninggal dunia ketika solat Subuh di masjid
"Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 60-an yang merupakan imam di Masjid Kampung Sermin, Segamat rebah dan terhantuk pada kayu mimbar ketika sedang mengimamkan solat Subuh di masjid berkenaan.
Iklan
"Siasatan polis dan hasil bedah siasat mendapati lelaki berkenaan mengalami masalah kegagalan fungsi organ jantung yang menjadikan punca kejadian rebah dan meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, siasatan kes selesai dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>