Gangguan air berkala, sementara - AKSB
Iklan
Gambar hiasan
KOTA BHARU - Gangguan bekalan air di Gunung, Bachok khususnya di Taman Putri Saadong dan kawasan berhampiran di sini bersifat berkala dan sementara.
Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan punca bekalan air terputus adalah kerana bekalan yang diterima daripada Loji Rawatan Air (LRA) Chicha menyusut berikutan penerobosan air masin di Sungai Pengkalan Datu, Pasir Tumbuh sehingga menyebabkan kandungan klorida melebihi kadar dibenarkan.
Iklan
Iklan
Menurut AKSB, hal itu menyebabkan pengambilan air mentah melalui telaga jejari Pasir Tumbuh yang membekalkan air mentah ke LRA Chicha terpaksa dikurangkan kepada 10 juta liter sehari (JLH) berbanding pengeluaran asal 15 JLH.
"Kebiasaannya, LRA Chicha dapat membekalkan air kepada Jajahan Bachok sehingga lapan JLH. Bagi mengatasi masalah ini, AKSB telah mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan lori tangki bagi menghantar dan pengisian semula tangki-tangki statik ke kawasan terjejas," menurut kenyataan itu.
Iklan
AKSB memaklumkan sehingga kini, empat tangki statik sedang ditempatkan di kawasan terjejas iaitu di Pasar Gunong, Taman Puteri Saadong, Taman Hamidah dan Kampung Telaga Ara.
AKSB turut melakukan penghantaran air melalui Lori Air Kontrak (LAK) dengan kekerapan setiap hari atau mengikut permintaan bermula 9 pagi sehingga 6 petang, selain dua LAK juga akan ditambah bagi membantu penduduk terjejas.
Iklan
Menurut AKSB perkembangan lanjut situasi itu boleh diketahui menerusi saluran komunikasi syarikat itu seperti laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram, Tik Tok selain pengguna boleh hubungi PINTAS di talian 15777. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>