Industri sawit negara perlu dirombak - Johari
Iklan
Industri sawit di Malaysia perlu dirombak, termasuk memastikan penglibatan serta kerjasama semua pihak terbabit bagi menjamin kelangsungan kemampanan sektor itu di masa akan datang. Gambar hiasan
INDUSTRI sawit di Malaysia perlu dirombak, termasuk memastikan penglibatan serta kerjasama semua pihak terbabit bagi menjamin kelangsungan kemampanan sektor itu di masa akan datang.
Ketika menegaskan perkara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kalangan pemain industri dan pekebun kecil perlu bekerjasama agar industri itu dapat dimajukan tanpa melibatkan peruntukan yang banyak daripada kerajaan.
Iklan
Iklan
"Banyak isu kena selesai...bukan sahaja melibatkan kementerian, tetapi juga pemain-pemain industri termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
"Mereka ini kena kuat dan kukuh supaya pekebun kecil boleh bergantung kepada mereka. Jika tidak, ini hanya menyukarkan pekebun kecil dan boleh menjejaskan pendapatan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV pada Rabu malam.
Iklan
Mengulas selanjutnya, Johari turut menekankan kepentingan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada bagi menarik minat pembelian produk lengkap serta bahan mentah dalam jangka panjang.
Selain itu, persepsi terhadap pekerjaan dalam industri itu juga perlu diubah, terutama dalam kalangan generasi muda.
Iklan
"Sebagai contoh anak muda dari kalangan keluarga peneroka sudah tentu mempunyai asas dalam industri itu. Justeru, apa diperlukan adalah latihan profesional menerusi pendidikan tinggi vokasional dan industri (TVET) yang dapat melahirkan golongan profesional industri ini di masa depan,” katanya.
Malah, usaha sedemikian akan turut membantu menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam industri berkenaan, katanya.
Ini penting berikutan kekurangan kira-kira 40,000 pekerja asing dalam sektor sawit terbukti memberi impak besar terhadap hasil dengan kerugian nilai eksport Malaysia dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion.
Menyentuh isu Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), Johari berkata, kerajaan sentiasa peka dengan peraturan berkaitan dalam usaha menghasilkan minyak sawit yang berkualiti dan terbukti mampan.
"Saya mahu lihat setiap ladang di Malaysia adalah bertaraf dunia dan ini memerlukan semua pihak mematuhi garis panduan serta peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Johari berkata, Dasar Agrikomoditi 2030 pula menyaksikan penglibatan kerajaan dari segi memelihara alam sekitar serta meningkatkan produktiviti dan melindungi hak pekerja terbabit.
Tindakan positif sedemikian mampu meningkatkan nilai eksport minyak sawit selain menarik pelaburan ke dalam negara ini, kata beliau. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.