Warren Buffett bersara selepas 60 tahun terajui Berkshire Hathaway
Iklan
Warren Buffett
PELABUR Amerika Syariat (AS), Warren Buffett yang dikenali ramai sebagai 'Oracle of Omaha', bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, konglomerat pelaburan Berkshire Hathaway pada Rabu selepas 60 tahun menerajui syarikat tersebut.
Buffett, 95, salah seorang individu terkaya di dunia, mengumumkan keputusannya pada Mei 2025 untuk berundur sebagai ketua eksekutif syarikat pegangan pelaburan itu menjelang akhir tahun.
Iklan
Iklan
Sehingga 30 Disember 2025, nilai kekayaan bersih Buffett dianggarkan berjumlah AS$149 bilion bersamaan RM604 bilion.
Walaupun memiliki kekayaan luar biasa, Buffett terkenal dengan gaya hidup sederhana.
Iklan
Beliau masih menetap di rumah yang sama di Omaha, Nebraska, yang dibelinya pada harga AS$31,500 pada 1958 dan memandu sebuah Cadillac keluaran 2014.
Buffett sendiri mengakuinya dalam beberapa temu bual dengan menyatakan bahawa perbelanjaan tidak meningkatkan kualiti hidup melebihi tahap keselesaan tertentu.
Iklan
Selain itu, sejak 64 tahun lalu, Buffett secara rutin singgah di McDonald’s dalam perjalanan lima minit ke tempat kerja untuk membeli sarapan yang tidak melebihi AS$3.17 dan beliau minum lima tin Coca-Cola setiap hari.
Buffett juga dikenali dengan pendekatan kerjanya yang tersendiri, dengan menyatakan bahawa beliau menghabiskan kira-kira enam jam sehari untuk membaca dan membuat keputusan yang kurang bersifat impulsif berbanding kebanyakan ahli komuniti perniagaan.
Menurut penganalisis AS, ahli perniagaan itu menamatkan pengambilalihan Berkshire Hathaway sepenuhnya menjelang 1965 dan sejak itu harga saham syarikat tersebut melonjak kira-kira 3,950,000 peratus.
Pada November lalu, beliau menulis surat terakhir kepada para pemegang saham sebagai ketua Berkshire Hathaway.
"Kehebatan tidak datang melalui pengumpulan jumlah wang yang banyak, publisiti meluas atau kuasa besar dalam kerajaan.
"Apabila anda membantu seseorang dalam apa jua cara, anda membantu dunia. Kebaikan tidak memerlukan kos tetapi ia sangat berharga," kata Buffett dalam surat tersebut.
INFO:
Nama penuh: Warren Edward Buffett
Lahir: 30 Ogos 1930, Omaha, Nebraska, AS
Julukan: 'Oracle of Omaha'
Kerjaya: Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway (1970-an–2025)
Kekayaan: Lebih AS$160 bilion (2025)
Gaya pelaburan: Value investing — beli perniagaan bagus pada harga munasabah, pegang jangka panjang
Filantropi: Menyumbang sebahagian besar kekayaan, pengasas The Giving Pledge bersama Bill Gates
Pendidikan: University of Nebraska & Columbia Business School
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>