Penunggang motosikal cedera langgar lori kontena terbabas

Iklan
Kemalangan berlaku ketika cuaca hujan.

ISKANDAR PUTERI - Seorang penunggang motosikal cedera terlibat kemalangan dengan sebuah lori kontena di kilometer (KM) 25.8 lebuh raya link kedua pada jam 4.15 petang, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika cuaca hujan yang mana lori kontena telah terbabas.

Iklan
Iklan

"Kemudian, datang sebuah motosikal yang datang dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang lori kontena tersebut,” katanya.

Pemandu kontena tidak mengalami sebarang kecederaan namun penunggang motosikal hanya cedera ringan.

Iklan
Iklan

Kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 kerana gagal kawal kenderaan sehingga mengakibatkan kemalangan.