MBJB beroperasi seperti biasa selepas terima ancaman bom
Iklan
Sebahagian orang awam dan kakitangan MBJB berkumpul sebaik mendapat arahan. - foto fb Johor Post
JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), mengesahkan segala urusan di Menara MBJB itu kembali beroperasi seperti biasa biarpun menerima emel berhubung ancaman bom, pagi tadi.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman ketika mengesahkan perkara tersebut berkata,emel tersebut diperoleh daripada individu yang mendakwa dirinya bernama Takahiro Karasawa (takhiro karasawa@akita-h-story.jp).
Iklan
Iklan
Katanya, sejurus menerima emel berkenaan, pihak MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
"Arahan pengungsian bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu tadi sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Iklan
"Lanjutan pemeriksaan menyeluruh daripada pihak PDRM, anggota MBJB telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat pada jam 2 petang.
"Pihak PDRM juga telah mengesahkan bahawa ancaman yang diterima adalah palsu dan mengesahkan Menara MBJB adalah selamat untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Ketika kejadian, dianggarkan lebih 500 kakitangan MBJB termasuk orang awam berada di bangunan Menara MBJB.
Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Mohd Noor Azam turut mengesahkan Menara MBJB kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>