JIM Johor tahan 42 warga asing

Iklan
Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi berkenaan. - Foto: JIM Johor

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 42 warga asing termasuk dua kanak-kanak hasil serbuan di 52 premis yang dilaksanakan di sekitar negeri ini melibatkan 34 premis di Johor Bahru, Muar (lima) dan Batu Pahat (13) mulai 6 hingga 7 Februari lalu.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua mereka ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal dan bekerja tanpa pas atau permit yang sah selain tinggal lebih masa di negara ini.

Iklan
Iklan

Salah seorang kanak-kanak yang ditahan dalam operasi berkenaan. - Foto: JIM Johor

"Mulai 6 hingga 7 Januari 2024 lalu, sepasukan pegawai daripada Jabatan Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, pegawai Unit Penguatkuasa Cawangan Muar dan pegawai Unit Penguat kuasa Cawangan Batu Pahat melakukan serbuan di 52 premis di sekitar negeri.

Iklan

"Hasil serbuan, seramai 224 warga asing termasuk warga tempatan telah diperiksa dan 42 daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Baharuddin, kesemua yang ditahan melibatkan 19 lelaki, enam perempuan, satu kanak-kanak lelaki warga Myanmar, empat perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia, 6 lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Nepal, seorang lelaki warga India dan seorang perempuan warga Vietnam.

Iklan

Kesemua mereka berusia antara 30 hingga 52 tahun.