15 individu ditahan bantu siasatan kes bunuh di kelab malam

Iklan

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di sebuah kelab malam di Jalan Abdullah Tahir, di sini,Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M.Kumar berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar bandaraya ini termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Iklan
Iklan

"Polis Johor menerima maklumat berkaitan kes bunuh membabitkan seorang lelaki tempatan pada jam 4.54 petang, di Jalan Abdullah Tahir, pada Ahad.

"Ekoran itu, sebanyak 15 tangkapan telah dibuat di beberapa kawasan di daerah ini (Johor Bahru) bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Kesemua individu terbabit ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

Sementara itu Kumar berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes ASP Muhammad Afdhal Mat Saupi di talian 013- 7711152.

Iklan