Replika Sukhoi sambut kehadiran pelanggan
Iklan
Rahman di hadapan dua replika pesawat dan bot di warungnya di Kampung Bukit Hijau, Kuala Selangor.
KUALA SELANGOR - Dua replika pesawat dan sebuah bot antara tarikan terbaharu ditawarkan kepada pengunjung yang singgah di Kampung Bukit Hijau di sini.
Mercu tanda baharu dibangunkan itu pastinya 'memukau' sesiapa sahaja yang menggunakan laluan alternatif dari Bukit Kuching ke Puncak Alam melalui Jalan Rizab Derahman kampung berkenaan.
Iklan
Iklan
Orang ramai yang menggunakan laluan alternatif dari Bukit Kuching ke Puncak Alam melalui Jalan Rizab Derahman di Kampung Bukit Hijau pasti terpukau dengan keunikan replika pesawat yang dibina Rahman.
Replika diperbuat daripada kepingan besi yang siap sepenuhnya pada Mei tahun lalu itu diletakkan di atas bumbung warung seolah-olah melambai-lambai kedatangan pelanggan.
Kecintaan kepada dunia penerbangan mendorong Rahman Asroo, 60, membina sendiri replika jet pejuang Sukhoi dan helikopter dengan hanya bermodalkan kira-kira RM1,600.
Iklan
Platform YouTube menjadi rujukan Rahman yang memulakan kerja-kerja pembuatan replika itu pada Oktober tahun lalu sebelum siap sepenuhnya dalam tempoh dua bulan.
Rahman memberitahu, uniknya jet pejuang Sukhoi dan helikopter itu dihasilkan menggunakan barangan terpakai seperti televisyen, kipas angin, tong besi dan cermin kenderaan manakala struktur utama rangkanya pula dibuat menggunakan besi dan zink.
Iklan
Rahman bersama replika kecil Sukhoi yang menjadi sumber inspirasi kepadanya untuk membina replika lebih besar
Meskipun sudah tiga tahun meninggalkan 'awan biru' selepas mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) di sebuah syarikat penerbangan swasta berikutan pandemik Covid-19, Rahman mahu keluar daripada zon selesa dan mahu merancakkan lagi industri pelancongan kampung itu yang sebelum ini 'suram'.
"Harapan saya ingin melihat ramai pengunjung singgah di kampung ini yang juga mempunyai tarikan dan keunikan tersendiri.
"Di tempat lain mungkin menggunakan bangkai pesawat untuk dijadikan restoran yang menelan ratusan atau puluhan ribu ringgit, saya pula menggunakan bajet kecil untuk membina replika pesawat sendiri," jelas anak kelahiran kampung berkenaan.
Bapa lapan anak itu bertekad mahu memastikan sektor pelancongan di kawasan itu dimajukan dan menjadi pilihan pengunjung.
LABUR RM150,000
Tidak hairanlah, Rahman yang sebelum ini menetap di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang sanggup melabur kira-kira RM150,000 membeli tanah seluas 0.2 hektar di kampung itu bagi tujuan berkenaan.
"Saya penduduk asal sini, tetapi berhijrah selepas mendapat tawaran kerja sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada usia 20-an.
Dekorasi unik menjadi tarikan kepada pengunjung yang singgah di warung Rahman dekat Kampung Bukit Hijau, Kuala Selangor.
"Sudah tiba masanya saya pulang ke kampung halaman dan menabur bakti bagi memajukan kawasan ini," jelasnya.
Usaha murni yang dilakukannya itu diharapkan dapat mencetuskan minat anak muda di kampung itu untuk mengemudi pesawat suatu hari nanti.
Mengulas lanjut, Rahman memberitahu, antara tarikan di situ ialah terdapat sembilan gerai kecil dibina di tapak sama untuk disewakan kepada peniaga lain.
Rahman menunjukkan minuman hasil air tangannya.
Jelas Rahman, tekadnya bukan sahaja mahu melihat kawasan itu dikunjungi pengunjung, malah dia juga mahu membantu peniaga tempatan untuk sama-sama merasai 'tempias' ekonomi.
"Di warung ini, kami menyediakan pelbagai hidangan kepada pengunjung dan mereka mempunyai pilihan mengikut selera masing-masing," tambahnya lagi.
Malah, dia sendiri mengakui tidak malu untuk membancuh air di warungnya itu bagi menjana pendapatan tambahan.
"Saya tidak pernah sesekali menyesal kerana nampak ada peluang untuk mencari rezeki selagi masih ada kudrat.
"Memang ada kalanya rindu dengan kerjaya sebagai juruterbang tetapi saya kena terima hakikat rezeki ada di mana-mana asalkan kita berusaha dan berserah kepada-Nya," ujarnya.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi