Fadhlina syukur anak berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran

Iklan
Fadhlina menyaksikan anaknya Maryam menyelesaikan hafazan 30 juzuk al-Quran pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkesempatan meluangkan waktu hadir pada majlis khatam al-Quran anaknya Maryam Fadhilah Mohd Fadzli di sebuah sekolah menengah di ibu negara di sini, pada Selasa.

Beliau yang hadir bersama suami mengucap syukur dan berkongsi kejayaan anaknya itu menerusi Facebook peribadinya.

Iklan
Iklan

"Masya-ALLAH Tabarak-ALLAH. Syahdu sungguh oemma pagi ini. Anakanda yang dilahirkan pada 1 Muharam dan tinggi iltizam untuk menyelesaikan hafazan 30 juzuk pada tarikh kelahirannya. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Fadhlina (kanan) hadir pada majlis khatam al-Quran anaknya Maryam di sebuah sekolah menengah di ibu negara pada Selasa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepada semua asatizah dan rakan-rakan Maryam yang telah memungkinkan Maryam selesai menamatkan 30 juzuk dan juga doa serta sokongan keluarga di sepanjang tempoh Maryam menghafaz.

Iklan

"Berat amanah sebagai Hamalatul Quran ini, dan oemma doakan urusan Maryam sentiasa dipandu pedoman al-Quran.

"Selesai anak hafizah, sekarang masa untuk beri tumpuan kepada anakanda aliran DLP pula! Ramai anak, begitulah semua anak ada dalam aliran kebangsaan KPM. Semua jadi internal audit oemma,” katanya.

Iklan

Fadhlina juga berdoa semoga anak-anak muslim Malaysia ini terus diberikan ruang untuk menitip sisi potensi holistik kemanusiaan dan mengangkat darjat karamah insaniyyah.