Perak cari mekanisme terbaik isu caj parkir tinggi ke Pulau Pangkor

Iklan
Perak Bike Week 2023 dengan kerjasama Royal Enfield Perak Owner Club (REPOC) menarik penyertaan hampir 400 motosikal dari seluruh negara.

BATU GAJAH - Kerajaan negeri akan mencari mekanisme terbaik untuk menangani isu caj parkir tinggi yang dikenakan pihak swasta kepada pengunjung untuk ke Pulau Pangkor.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, langkah itu perlu dilakukan agar tempat parkir disediakan terutama melibatkan hak persendirian tidak terlalu membebankan pengunjung.

Sze Yee (kiri) mendengar penerangan mengenai motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan sempena Perak Bike Week 2023 di Silverlakes Outlet di sini pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Bagi parkir persendirian ini sebenarnya bukanlah di bawah kawalan kerajaan negeri.

"Bagaimanapun kita sedang berbincang dengan pihak terlibat untuk diadakan satu mekanisme supaya ianya nanti lebih mesra pengunjung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perak Bike Week 2023 di Silverlakes Outlet, di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Ramli.

Sze Yee (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Perak Bike Week 2023 di Silverlakes Outlet di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aduan seorang pelancong di media sosial yang terpaksa membayar RM46 bagi tempoh tidak sampai 48 jam selepas meletakkan kenderaan di parkir persendirian untuk ke Pulau Pangkor.

Iklan

Sze Yee berkata, pihaknya mengambil maklum aduan berkenaan dan dalam masa sama menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan tempat letak kereta disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tersedia di Jeti Lumut.

Katanya, medan tempat letak kereta bertingkat seliaan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) itu adalah pilihan lebih murah dan selamat kerana dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan mampu memuatkan sehingga 900 kenderaan dengan caj maksimum RM15 sehari.

Dalam pada itu, dalam ucapannya beliau berkata, Perak Bike Week pernah dianjurkan pada 2017, namun tidak diteruskan akibat beberapa kekangan termasuk pandemik Covid-19.

Ujarnya, program itu merupakan inisiatif yang baik bukan hanya sekadar mengumpulkan kumpulan motosikal semata, tetapi membawa matlamat untuk menarik, menghebahkan dan merasai pengalaman berada di lokasi-lokasi pelancongan di Perak.

"Saya melihat Perak Bike Week ini boleh kita dijadikan program tahunan dalam kalendar pelancongan Perak. Kali ini, kita mengharapkan ianya menjadi satu wadah dalam mempromosikan Tahun Melawat Perak 2024," katanya.

Program dengan kerjasama Royal Enfield Perak Owner Club (REPOC) itu menarik penyertaan hampir 400 motosikal dari seluruh negara.