Sungai di Segamat hampiri aras bahaya
Iklan
Gambar hiasan.
JOHOR BAHRU - Sungai Lenik Ladang Chaah di Segamat menghampiri aras bahaya apabila mencatatkan bacaan pada aras amaran; 5.59 meter (m) berbanding aras bahaya pada bacaan 6.00 meter, setakat laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Negeri Johor jam lapan pagi tadi.
Satu lagi sungai yang berada pada aras waspada ialah Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur yang merekodkan bacaan 3.42m berbanding aras bahaya pada 4.00m.
Iklan
Iklan
Walaupun berada pada aras waspada, dua lagi sungai menunjukkan trend penurunan melibatkan Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai yang merekodkan bacaan 17.53m berbanding aras bahaya pada aras bahaya 18.10m dan Sungai Ayer Hitam di Kampung Mawai, Kota Tinggi yang merekodkan bacaan 3.11m berbanding aras bahaya pada 6.00m.
Selain itu, bacaan bagi Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat tidak berubah apabila merekodkan. 7.94m berbanding aras bahaya pada 9.14m.
Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met-Malaysia), pula melaporkan tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan, namun ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara tiga pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir masih beroperasi melibatkan PPS Dewan Komuniti Taman Tasek, PPS Balai Raya Kampung Batu BAdak dan PPS Balai raya Kampung Jabi di Segamat.
Iklan
Setakat ini dilaporkan seramai 63 mangsa banjir daripada 16 keluarga berada di ketiga-tiga PPS berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>