KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat penutupan bekalan elektrik di 18 kawasan membabitkan tiga daerah di Terengganu setakat 10 pagi Selasa berikutan keadaan hujan dan banjir.
Melalui hantaran di laman Facebooknya, TNB memaklumkan setakat ini di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di daerah Dungun menyaksikan 14 kawasan terjejas dengan penutupan bekalan elektrik iaitu di Pam Air Merlong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal, Kampung Surau, Kuala Jengal, Kampung Pelamboh dan Logi Air Tepus.