Harimau belang masuk perangkap, ditembak pelali
Iklan
Perangkap dipasang Perhilitan berjaya memembawa kepada penangkapan seekor harimau belang jantan di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai pada Rabu. - Foto Media sosial
IPOH - Seekor harimau belang yang dijumpai berkeliaran di kawasan penempatan penduduk dekat Ulu Kinta di sini telah ditangkap pada Rabu.
Harimau jantan dianggarkan berusia 4 tahun itu ditangkap sekitar jam 4.30 pagi di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tanjung Damai dengan menggunakan tembakan peluru pelali.
Iklan
Iklan
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, tembakan dilepaskan selepas haiwan seberat 90 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang pihaknya susulan menerima aduan orang awam.
"Tindakan awal cuba menghalau haiwan itu ke kawasan habitat telah dilakukan, namun tidak berjaya menyebabkan keputusan diambil menerusi tembakan pelali.
Iklan
"Harimau ini kemudiannya akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Difahamkan, seekor kambing telah digunakan sebagai umpan pada perangkap dipasang.
Seekor harimau belang jantan seberat 90 kilogram yang berkeliaran di kawasan penempatan di Ulu Kinta berjaya ditangkap menggunakan tembakan pelali. - Foto Media sosial
Iklan
Yusoff berkata, haiwan yang ditangkap itu adalah harimau sama yang dikesan berkeliaran di laluan sekitar Kampung Orang Asli Sungai Tonggang ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta minggu lalu.
Katanya, setakat penelitian dilakukan, ancaman haiwan pemangsa di kawasan itu hanya melibatkan kehadiran seekor harimau.
"Dakwaan tular mengatakan ada lima ekor harimau muncul di kawasan ini tidak benar kerana pemantauan dibuat mengesan kehadiran seekor sahaja.
"Kita yakin, harimau yang ditangkap ini adalah haiwan sama yang dijumpai penduduk beberapa hari lalu sepertimana video tular," katanya.
Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan kelibat seekor harimau berlegar-legar di laluan Kampung Orang Asli Sungai Tonggang ke Kem PGA Ulu Kinta.
Perhilitan negeri yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, kemungkinan harimau itu keluar dari kawasan habitatnya di Hutan Simpan Bukit Kinta kerana kekurangan sumber makanan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Benih kerang tidak putus, potensi Perak jadi pusat pembiakan terbaik dunia"><meta itemprop="description" content="Keupayaan menghasilkan benih kerang secara berterusan sejak 2018 meletakkan Perak pada landasan untuk menjadi antara pusat pembiakan kerang terbaik dunia.
Lebih membanggakan, kejayaan penyelidikan yang dilaksanakan di perairan negeri ini bukan sahaja membolehkan bekalan benih kerang diperoleh sepanjang tahun, malah memendekkan tempoh penternakan kepada sekitar lima ke enam bulan bagi satu kitaran pengeluaran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802681/edisi/perak/benih-kerang-tidak-putus-potensi-perak-jadi-pusat-pembiakan-terbaik-dunia
Muzik: Neptune- Spotlight dari bensoud.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kerang #Pusatpembiakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-31T08:14:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gVXRg1gvQDAVfYWDJ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P156S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsg25m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsg25m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsg25m"></script>