Kerajaan arah PKOB buat pemutihan mangsa banjir, elak penipuan
Iklan
Said (kiri) memberi penerangan kepada Nancy (dua dari kanan) dan Noraini (kanan) semasa sesi lawatan ke depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Isnin.
KOTA BHARU - Kerajaan mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) melakukan pemutihan ke atas senarai mangsa banjir bagi mengelakkan penipuan.
Hal ini kerana wujud dakwaan mengatakan ada penduduk yang tidak terjejas dengan banjir mendaftar sebagai mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mendapatkan bantuan.
Iklan
Iklan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pemutihan itu bagi memastikan mangsa yang betul-betul terjejas akan mendapat bantuan berkenaan.
Nancy (kanan) melakukan pemeriksaan terhadap bekalan makanan yang ada di depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Isnin.
"Pemutihan itu nanti akan dilakukan oleh PKOB," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.
Iklan
Beliau sebelum itu melawat depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa di sini.
Hadir sama ialah, Timbalan Menteri, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup.
Iklan
Dalam perkembangan sama, Nancy memberitahu, setiap laporan atau aduan yang dibuat oleh mangsa banjir akan disiasat dengan teliti.
Beliau berkata, setiap aduan berbentuk dakwaan jadi ia perlu disiasat terlebih dahulu.
Ujarnya, pihaknya tidak hanya mengetengahkan masalah yang hanya menjadi dakwaan kerana lebih tumpu kepada kebajikan mangsa banjir.
"Kita tidak mahu ia (dakwaan) menjadi satu perkara utama. Kita lebih memikirkan perkara lebih penting iaitu mangsa banjir yang perlu diselamatkan," katanya.
Menurut beliau, perkara tersebut perlu dibincang secara pentadbiran dan diambil tindakan secara pentadbiran sekiranya ada.
Media sebelum ini melaporkan sebilangan penduduk di Kelantan didakwa sanggup menipu dengan berpindah ke PPS semata-mata bagi mendapatkan bantuan banjir, sedangkan kediaman mereka tidak terkesan atau setakat dinaiki air pada paras amat cetek.
Nancy (dua,kanan) melihat antara bekalan makanan serta keperluan yang akan diagihkan kepada mangsa banjir di PPS.
Difahamkan ada juga dalam kalangan mereka turut memanggil anaknya yang berada di luar daerah lokasi banjir supaya pulang ke kampung halaman dan berpindah ke PPS untuk 'merebut' bantuan RM3,500 bagi setiap keluarga yang disediakan oleh kerajaan.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai menyumbang kepada situasi pendaftaran di hampir semua PPS di Pasir Mas kini dikatakan penuh, sedangkan cuaca semakin baik sejak beberapa hari lalu dan banjir baru-baru ini masih dianggap tahap biasa berbanding tahun sebelumnya.
Keadaan itu didakwa menyebabkan terdapat penduduk yang sepatutnya berpindah ke PPS dan benar-benar layak menerima bantuan berikutan rumah ditenggelami banjir, sebaliknya terpaksa menumpang di pondok dan surau berdekatan
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.