Kampung Paya Kenanga, Taman Bunga Ros dilanda banjir kilat
Iklan
Anggota bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Paya Kenanga menggunakan bot. - Foto BBP Tebrau
JOHOR BAHRU - Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat awal pagi Jumaat.
Antara kawasan terjejas ialah Kampung Paya Kenanga dan Taman Bunga Ros, di sini.
Iklan
Iklan
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II, Noor Azhan Ahmad, seramai 23 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Paya Kenanga berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas terperangkap akibat banjir.
Seorang mangsa termasuk seorang bayi dibawa menaiki bot selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto BBP Tebrau
Katanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 2.43 pagi.
Iklan
"Kesemua mangsa melibatkan tiga wanita warga emas, dua bayi, lima lelaki dewasa, lima wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan dilaporkan dalam keadaan selamat.
Keadaan banjir di Taman Bunga Ros, pada awal pagi Jumaat. - Foto BBP Kempas
Iklan
"Mereka kini ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Mutiara,” katanya.
Dalam perkembangan lain, seramai 20 mangsa dari Taman Bunga Ros turut dipindahkan ke PPS SK Taman Bukit Mutiara selepas kediaman mereka dinaiki air.
Menurut Komander Operasi dari BBP Kempas, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Yazid Abdul Rahman pihaknya menerima panggilan berhubung perkara berkenaan pada jam 3.06 pagi.
Anggota bomba membawa mangsa banjir dari taman Bunga Ros dengan menggunakan bot. - Foto BBP Kempas
Katanya, kesemua mangsa melibatkan lima lelaki dewasa, lima wanita dewasa dan 10 kanak-kanak dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya.
BERITA SEMASA 13 MEI 2024
Dakwaan mahu membuka kasino di Forest City yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab, disifatkan sebagai persepsi jahat yang mahu menggagalkan pembangunan kawasan berkenaan yang bakal dijadikan Zon Kewangan Khas (SFZ).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Pada 25 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664484/edisi/johor/kasino-di-forest-city-tuduhan-jahat-cuba-gagalkan-pembangunan-sfz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com