Kerajaan Johor sasar 5,134 rumah siap 2024
Iklan
Mohd Jafni - Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI - [DIKEMAS KINI] Kerajaan Negeri Johor menyasarkan sebanyak 5,134 unit rumah siap dibina untuk 2024 manakala 30,000 unit lagi menjelang 2026.
Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (BN-Bukit Permai), sasaran itu dilihat selaras dengan pengumuman Menteri Besar Johor pada pembentangan belanjawan baru-baru ini.
Iklan
Iklan
"Saya dan pasukan PKPJ (Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor) sedar bahawa angka 30,000 unit ini adalah tidak mencukupi untuk 56 DUN dan 10 Daerah di Negeri Johor, namun Menteri Besar Johor sentiasa mengingatkan saya untuk memastikan rumah mampu milik dibina di setiap DUN, parlimen dan daerah.
"Tetapi untuk memastikan ada pembinaan rumah mampu milik sama ada oleh pemaju atau pihak Kerajaan melalui GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Negeri dan Kerajaan Persekutuan, bukan sesuatu yang mudah untuk dipenuhi.
Iklan
"Apa pun saya dan pasukan saya berjanji akan berusaha untuk tempoh sehingga 2026 akan ada rumah mampu milik dibina di 10 daerah di negeri Johor,” katanya pada sesi penggulungan sempena Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-5, di Kota Iskandar, pada Khamis.
Tambah Mohd Jafni antara perkara utama yang perlu difahami untuk sesebuah kawasan dibangunkan sebagai kawasan perumahan mampu milik bukan hanya perlu melihat ‘demand’ atau permintaan, tetapi turut melibatkan pihak pemaju yang mempunyai perancangan pembangunan di sesebuah kawasan.
Iklan
Katanya, pihak pemaju juga perlu melihat sama ada tapak tersebut bersesuaian dan berdaya maju untuk dibangunkan sebagai sebuah kawasan perumahan.
"Sebab itulah terdapat projek yang telah dilaksanakan pecah tanah, dan diuar-uarkan rancangan pembinaannya, tetapi tidak dilaksanakan sehingga hari ini, atas pelbagai faktor dan masalah teknikal, termasuk masalah pemaju sendiri yang berkait soal kewangan serta modal,” katanya.
Sementara itu Mohd Jafni berkata, pihaknya juga mengambil maklum berhubung kenaikan cukai bagi lima pihak berkuasa tempatan (PBT) melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPP).
Katanya, bagi portfolio Kerajaan Tempatan, kebanyakan ADUN kali ini turut membahaskan isu penilaian cukai di lima PBT berkenaan yang sedang dalam proses penguatkuasaan.
"Saya ingin kongsikan jumlah keseluruhan bantahan yang diperoleh iaitu daripada 807,441 pegangan untuk lima PBT tersebut iaitu hanya 19,894 bantahan iaitu bersamaan 2.46 peratus bantahan diterima.
"Daripada keseluruhan jumlah pegangan iaitu 807,441, hanya 40.46 peratus bersamaan 326,720 pegangan yang tiada kenaikan cukai dan penurunan cukai. Ini menunjukkan bukan semua pegangan yang terlibat dengan kenaikan cukai,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.