377 lagi mangsa korban di Gaza, jumlah keseluruhan kini lebih 7,703

Iklan
Wanita berjalan melepasi bangunan yang musnah selepas pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

GAZA - Pihak berkuasa Palestin mendedahkan 377 lagi mangsa terbunuh akibat serangan kejam rejim Israel di Gaza.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban ketika ini adalah 7,703 mangsa dalam tempoh tiga minggu sejak serangan dilancarkan.

Iklan
Iklan

Terbaru, Israel melancarkan operasi darat yang diperluaskan selepas menyekat sebarang bentuk komunikasi sehingga menyebabkan terputus maklumat di Semenanjung Gaza dengan peningkatan pengeboman dan tembakan meriam.

Infantri dan kenderaan berperisai disokong oleh serangan besar-besaran dari udara dan laut semalaman sejak Jumaat hingga Sabtu, termasuk pengeboman terowong Hamas.

Iklan

Negara-negara lain, termasuk pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan menyifatkan situasi yang teruk di lapangan di Gaza ketika ini. - Awani

Iklan