Lebih 3,000 migran haram ditahan di Turki

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

ANKARA - Lebih 3,000 migran haram ditahan di seluruh Turki sepanjang minggu lalu, menurut agensi berita Anadolu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber keselamatan.

Tentera Turki menahan kira-kira 1,600 migran di wilayah barat laut Edirne, yang bersempadan dengan Greece dan Bulgaria.

Iklan
Iklan

Menurut sumber tempatan di Edirne, Greece kini sedang mempergiat operasi menghantar balik migran ke Turki.

Di bandar barat Mugla, Canakkale, Izmir, Aydin dan Balikesir, Pengawal Pantai Turki dan tentera menahan seramai lebih 1,000 pendatang.

Iklan

Di Ankara pula seramai 38 pendatang ditahan.

Turki menjadi lokasi utama kepada pendatang untuk menyeberang ke Eropah kerana melarikan diri daripada kesengsaraan akibat peperangan dan penganiayaan.

Iklan

Sementara di wilayah barat laut Kirklareli dan Tekirdag, kira-kira 360 pendatang ditahan manakala di wilayah timur Bitlis seramai 17 migran ditangkap.

Antara yang ditahan adalah migran dari Syria, Iraq, Iran, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh, Palestin, Maghribi, Mesir, Libya, Somalia, Senegal, Afrika Selatan, Congo, Gambia, Sudan, Algeria, Togo, Mali, Afrika Tengah, Angola dan Sri Lanka.

Semua migran dibawa ke hospital untuk menerima rawatan perubatan atau dipindahkan ke pejabat pengurusan wilayah.

Pada 2018, seramai 268,000 migran haram telah ditahan, menurut Kementerian Dalam Negeri. - Bernama