Remaja 16 tahun dari Thailand juarai ‘America’s Got Talent’

Iklan
Nene Royal. Foto Agensi

BANGKOK - Penyanyi rock dan pemain gitar Thailand, Nene Royal, 16, mencipta sejarah sebagai rakyat pertama negara itu menjuarai program realiti popular Amerika Syarikat (AS), America’s Got Talent (AGT) pada Khamis.

Nene atau nama sebenarnya Rattikarn Amloy membawa pulang hadiah AS$1 juta (RM4.07 juta) selepas memukau juri dan penonton menerusi vokal rock serta aksi gitarnya.

Iklan
Iklan

Remaja berasal dari Phuket itu turut berkongsi pentas dengan kumpulan rock AS, Linkin Park pada persembahan akhir sebelum menewaskan seorang ahli silap mata untuk muncul juara.

Nene mula bermain gitar pada usia tujuh tahun dan banyak mempelajari instrumen itu menerusi video dalam talian. Bakatnya kemudian membolehkannya memperoleh biasiswa muzik ke Kajonkiet International School Phuket.

Iklan

Namanya semakin dikenali selepas persembahan lagu seperti Zombie oleh The Cranberries dan Black Hole Sun oleh Soundgarden tular di Thailand.

Beliau juga pernah membuat persembahan bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada Julai.

Iklan

Kejayaan Nene diraikan warga sekolahnya di Phuket, manakala Anutin menyifatkan bakat dan dedikasi remaja itu sebagai sesuatu yang membanggakan rakyat Thailand.

PROFIL

Nama sebenar: Rattikarn Amloy

Nama pentas: Nene Royal

Umur: 16 tahun

Asal: Phuket, Thailand

Bakat: Penyanyi rock, pemain gitar

Mula bermain gitar: Usia 7 tahun

Pendidikan: Kajonkiet International School Phuket

Pencapaian: Juara America’s Got Talent