Solidariti Palestin: Masjid Terengganu adakan solat hajat Jumaat ini

Iklan
Seluruh masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini berdepan serangan dahsyat susulan pencerobohan Israel ke atas Semenanjung Gaza. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Seluruh masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat minggu ini bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang kini berdepan serangan dahsyat susulan pencerobohan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, hebahan mengenai pelaksanaan solat hajat itu dikeluarkan menerusi surat rasmi pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Situasi terkini yang berlaku kepada umat Islam di Palestin menyebabkan kehilangan banyak nyawa.

"Justeru, kita menyarankan agar semua masjid di lapan daerah di Terengganu mengadakan solat hajat memohon diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin dan umat Islam di sana," katanya.

Iklan

Sehingga Rabu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan angka kematian penduduk di Gaza meningkat kepada 974 orang apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial.

Selain itu, pergolakan terkini yang tercetus sejak Sabtu lalu turut mencederakan 5,000 yang lain.

Iklan