Banjir: 284 sekolah di Pahang dijadikan PPS

Iklan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus

KUANTAN - Sebanyak 284 sekolah rendah dan menengah di Pahang akan dijadikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) yang menempatkan seramai 109,085 mangsa jika berlaku banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, daripada jumlah 284 itu, sebanyak 211 buah sekolah rendah dan 73 lagi adalah sekolah menengah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, agihan itu telah dibuat berdasarkan taklimat kesiapsiagaan yang diadakan di peringkat jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

"Semua PPD yang terlibat sudah menubuhkan jawatankuasa bencana bagi memudahkan segala urusan sebaik PPS dibuka.

Iklan

"Kita akan memastikan mangsa banjir berada dalam keadaan selesa apabila berada di PPS," katanya dihubungi Sinar Harian hari ini.

Berdasarkan statistik JPN Pahang, daerah Temerloh merekodkan 47 sekolah yang boleh menempatkan 47,700 orang diikuti Kuantan (45 sekolah; 17,670 mangsa) dan Bentong (34 sekolah; 11,600 orang) serta Jerantut (19 sekolah; 7,110 orang).

Iklan

Di Lipis pula membabitkan 39 sekolah dengan kapasiti 6,685 orang, Maran (14 sekolah; 4,550 orang), Rompin (16 sekolah; 4,000 orang, Bera (11 sekolah; 3,650 orang), Pekan (35 sekolah; 2,370 orang), Raub (lapan sekolah; 2,300 orang) dan Cameron Highlands (17 sekolah; 1,450 orang).

Dalam pada itu, beliau meminta agar orang ramai supaya peka dengan perkembangan semasa.

"Kita harapkan penduduk di kawasan yang terjejas juga dapat mematuhi arahan berpindah jika rumah mereka dinaiki air," katanya.