'Ini kali pertama saya makan aiskrim mahal'
Iklan
Kanak-kanak dari keluarga asnaf gembira dapat merasa aiskrim yang ditaja pelbagai pihak.
KOTA BHARU –"Ini kali pertama saya makan aiskrim mahal...," luah Solehin Shaifuddin, 11, yang pertama kali dijamu dengan aiskrim jenama Magnum semasa Program Kampung Angkat Duta Prihatin Masyarakat, Jabatan Kesihatan Negeri di Rumah Asnaf Kelantan di sini.
Solehin dan adiknya, Mohd Zulkarnain, 9, tidak pernah merasa aiskrim mahal sebaliknya hanya mampu membeli aiskrim kampung yang dijual dengan harga 10 sen sahaja walaupun telah lama berhajat untuk merasai aiskrim tersebut.
Iklan
Iklan
Solehin merupakan anak salah seorang asnaf yang berdaftar di Rumah Asnaf Kelantan di sini dan hanya bergantung kepada pendapatan ibu sebagai tukang cuci rumah memandangkan bapanya kini terlantar disebabkan kemalangan beberapa tahun lalu.
Melalui Program Kampung Angkat Duta Prihatin Masyarakat, Solehin dan lebih 100 kanak-kanak lain dapat merasai aiskrim Magnum yang menjadi kegilaan kanak-kanak hasil idea spontan yang dilakukan Mohammad Aswady Adenan atau lebih dikenali dengan panggilan Wady Farmasi, salah seorang pegawai Farmasi di sebuah klinik di daerah ini.
Iklan
Wady berkata, ia merupakan sumbangan orang ramai melalui ‘crowd funding’ yang dilakukannya untuk memberi peluang kepada anak-anak golongan asnaf tersebut merasai aiskrim tersebut.
Solehin (tengah) bersama rakan yang lain menikmati aiskrim Magnum yang disediakan pada majlis tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Shaik Nurudin Shaik Shahrudin berkata, pihaknya amat bertuah kerana dapat menyantuni mereka yang berdaftar dengan Rumah Asnah Kelantan kali ini selain dapat turun padang ke rumah keluarga asnaf yang mengalami sakit kronik dan terlantar di rumah.
Iklan
"Salah satu pendekatan bahagian farmasi untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan ubat ini kepada masyarakat adalah melalui Program Duta Kenali Ubat Anda bermula tahun 2011.
"Mereka ini akan membantu pihak farmasi menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan ubat-ubatan mengikut skop yang dibenarkan kepada keluarga, sahabat handai dan seterusnya masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Terdahulu beliau ditemui di Rumah Asnaf Kelantan dan rumah yang menjadi rujukan golongan kurang bernasib baik itu dilantik sebagai kampung angkat kali ini.
Shaik (dua dari kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada mereka yang terlibat.
Menurutnya, salah satu program yang dijalankan oleh Duta Kenali Ubat Anda ini adalah program Duta Prihatin Masyarakat iaitu mengenal pasti pesakit yang mempunyai masalah dalam pengambilan ubat-ubatan.
Beliau berkata, pihak farmasi bersama duta akan turun padang ke rumah-rumah pesakit ini untuk memberi khidmat nasihat yang berkaitan.
"Satu pasukan yang terdiri dari pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi dan Duta Kenali Ubat Anda akan mengadakan lawatan ke rumah pesakit setelah mendapat persetujuan pesakit.
"Semasa lawatan, pasukan ini akan membuat pemeriksaan ke atas ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit termasuk tarikh luput, cara pengambilan dan cara penyimpanan ubat," katanya.
Katanya, pegawai farmasi akan memberikan kaunseling berkaitan ubat-ubatan yang diambil setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi pesakit. Duta Kenali Ubat Anda akan berkongsi tentang cara pengambilan dan penyimpanan ubat.
"Pesakit akan turut diberi penerangan tentang cara penyimpanan ubat menggunakan bekas penyimpanan ubat yang akan dibekalkan semasa lawatan. Selainubat-ubatan dari hospital dan klinik, pesakit juga akan diberi pengetahuan tentang cara mengenalpasti ubat berdaftar dan kosmetik yang bernotifikasi.
"Untuk kali ini, kita berkesempatan menjenguk beberapa buah rumah yang didiami oleh pesakit yang juga golongan asnaf. Banyak perkara yang kami kongsikan kepada mereka terutamanya melibatkan ubat-ubatan yang diambil. Ini salah satu cara program turun padang kami bertemu masyarakat,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.