Hanya 3,002 penama di Pahang bayar zakat

Iklan
Halidan (tengah) bersama pembayar zakat perniagaan pada majlis serahan zakat perniagaan badan korporat Rural Capital Berhad dan MBSB Bank Berhad yang dianggarkan bernilai RM94.447.82 di Ibu Pejabat PKZ hari ini.

KUANTAN - Lebih 12,000 daripada 15,335 penama di seluruh Pahang gagal mengembalikan semula borang taksiran Wajib Taksir Zakat (WTZ) kepada Pusat Zakat Pahang (PKZ).

Pengurus Besar Kanan PKZ, Datuk Halidan Md Daud berkata, daripada jumlah itu hanya 19 peratus iaitu kira-kira 3,002 penama yang sudah membuat taksiran zakat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan data tersebut kesedaran dan maklumat balas yang diterima berada di tahap kurang memuaskan sedangkan penama sepatutnya memberi kerjasama kepada pihak PKZ.

"Malah kita juga berdepan dengan kerjasama daripada majikan khususnya pegawai berkaitan tetapi kerjasama tidak diberi terutamanya dalam penyerahan notis atau sebagainya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas majlis serahan zakat perniagaan badan korporat Rural Capital Berhad dan MBSB Bank Berhad yang dianggarkan bernilai RM94.447.82 di Ibu Pejabat PKZ hari ini.

Turut hadir, wakil daripada Rural capital, Ketua cawangan operasi, Dr Mahadir Ibrahim, Ketua Unit Perhubungan Korporat, Mohamad Arif Mohamed Ali, Ketua Cawangan Pahang, Nur Suhara Rosli, MBSB Bank Berhad diwakili oleh Pengurus bahagian pinjaman, Zulkifli Ismail.

Iklan

Dalam pada itu Halidan berkata, kegagalan membuat taksiran pendapatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 24 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

Menurutnya, mengikut seksyen itu terdapat dua kesalahan yang boleh dikenakan tindakan iaitu enggan memberi taksiran pendapatan dan tidak membayar zakat atau fitrah.

"Tidak membayar zakat pula boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya," katanya.