Perlis kaji cadangan cuti bersalin 90 hari

Iklan
Azlan Man

KANGAR - Kerajaan Perlis akan melakukan kajian bagi melihat kesesuaian pelaksanaan cadangan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita di negeri itu sebelum melaksanakannya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, pihaknya sedang memperhalusi segala cadangan daripada peringkat Persekutuan yang dibentangkan dalam belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini cadangan mengenai tempoh cuti bersalin belum diputuskan lagi dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Kita perlu kaji dan melihat dari segi kesesuaian keputusan tersebut sama ada ia beri kesan positif atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar di sini.

Iklan

Menurutnya, sekiranya cadangan itu didapati memberi kesan yang positif terutama kepada kualiti perkhidmatan awam dan juga keseimbangan dalam kebahagiaan keluarga ia harus pertimbangkan.

"Kita akan lihat nanti cuma kita tidak mahu pelaksanaan cadangan ini akan menjejaskan produktiviti perkhidmatan," katanya.

Iklan