Premis gagal pamer tulisan jawi di Kuantan akan dikompaun
Iklan
KUANTAN - Pemilik premis perniagaan yang gagal melaksanakan tulisan jawi pada papan tanda premis dan papan iklan di daerah ini boleh dikompaun sehingga RM250 bagi satu kesalahan bermula tahun depan.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, Abd Rahim Muda berkata, kompaun itu akan berkuatkuasa selepas proses pendidikan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dilaksanakan sejak tahun lalu hingga Disember ini berakhir.