Pemandu lori lagak samseng ditahan
Iklan
ISKANDAR PUTERI - Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat dan samun di laluan kecemasan Lebuhraya Link Kedua menuju Singapura di sini kelmarin.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Jalan Nusa Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari di sini kira-kira jam 12.01 malam tadi.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Jabatan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Iskandar Puteri menahan seorang lelaki disyaki terbabit dengan kejadian khianat dan samun di Lebuhraya Link Kedua.
"Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menjelaskan mengenai kejadian itu, Dzulkhairi berkata, siasatan dilakukan berhubung satu laporan diterima oleh seorang lelaki berusia 39 tahun yang mendakwa kenderaannya telah dirosakkan oleh pemandu lori itu.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis BMW 530i berada di laluan kecemasan telah dilanggar lori yang dipandu suspek.
"Suspek kemudian turun dari lori dan bertemu mangsa sebelum berlaku perselisihan faham. Berdasarkan keterangan mangsa, dia bertanya apa punca suspek bertindak sedemikian dan suspek hanya menjawab kerana mangsa telah memasuki jalannya.
"Mangsa kemudiannya bertanya lagi jika dia bersalah mengapa suspek tidak membunyikan hon sebagai tanda amaran.
"Selepas itu mangsa mengajak suspek membuat laporan polis namun secara tiba-tiba suspek mengambil satu objek tidak pasti dan terus memecahkan cermin penumpang belakang dan memukul pintu kereta mangsa,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru pemandu lori samseng
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>