KPKT akan bincang dengan MOF isu harga kondominium pada warga asing

Iklan
Zuraida (dua dari kiri) diiringi Pengarah Jabatan Bomba Johor, Datuk Yahaya Madis (kiri) disambut oleh barisan anggota Bomba dan Penyelamat sempena lawatan beliau ke Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas hari ini. - Foto Bernama

PONTIAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung cadangan menurunkan had harga kondominium dan pangsapuri di bandar yang boleh dibeli warga asing daripada RM1 juta kepada RM600,000.

Menterinya, Zuraida Kamarudin berkata, ia bagi mengkaji semula cadangan tersebut memandangkan terdapat suara rakyat yang tidak bersetuju dengan had penurunan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya akan rujuk balik dengan Kementerian Kewangan sekiranya perlu dikaji semula. Mungkin melihat respon rakyat harus diberi pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas di sini hari ini.

Zuraida berkata, ramai yang tidak jelas mengenai cadangan berkenaan dengan beranggapan ia dikeluarkan KPKT sedangkan ia di bawah Kementerian Kewangan.

Iklan

Beliau berkata, KPKT kini lebih menumpukan usaha mempromosikan Malaysia My Second Home (MM2H) dengan menyediakan pakej menarik bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan rancangan itu bagi membantu mengurangkan lambakan unit kondominium dan pangsapuri sedia ada yang tidak terjual berjumlah RM8.3 bilion pada suku tahun 2019.

Iklan

Beliau menjelaskan pengurangan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2020 hingga 31 Disember 2020 dan tidak merangkumi projek baharu yang belum dilancarkan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan bimbang pemilikan rumah pada warga asing: Dr Mahathir