Kenyataan tentang kemelayuan teguran buat menteri
Iklan
Md Shukri
SHAH ALAM - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kerajaan sekarang yang dipimpin oleh orang Melayu tidak sekuat dahulu merupakan satu peringatan kepada menteri Kabinet tentang keperluan memperjuangkan agenda Melayu dan bumiputera.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ini kerana wujud persepsi dalam kalangan rakyat terutama Melayu dan bumiputera bahawa kerajaan hari ini telah meminggirkan mereka.
Iklan
Iklan
"Saya berpendapat, Dr Mahathir sebagai seorang negarawan apa yang dinyatakan berdasarkan kepada keperluan jangka panjang. Saya harap Pakatan Harapan (PH) faham apa yang cuba disampaikan oleh beliau.
"Sebagai seorang Perdana Menteri, beliau berperanan untuk memastikan keperluan bagi masyarakat Melayu dan bumiputera serta bukan Melayu terjamin tapi dalam konteks ini, menteri-menteri ini perlu peka kepada keperluan orang Melayu," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Iklan
Kelmarin, Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan kini yang dipimpin orang Melayu tidak sekuat dahulu.
Menurutnya, pemimpin Melayu perlu mengambil kira perasaan dan pandangan daripada pemimpin bukan Melayu.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Saya cakap benda benar tentang Melayu: Dr Mahathir
Sementara itu, Md Shukri berkata, Dr Mahathir juga mungkin mahukan supaya kenyataan beliau dalam Kongres Maruah Melayu diambil kira oleh wakil rakyat bagi memastikan keseimbangan tanpa mewakili kelompok tertentu.
"Sebab itu saya rasakan ini bukan satu permainan politik. Kita perlu melihat kepada kedudukan Dr Mahathir yang bukan sahaja diterima oleh semua parti kerajaan tetapi parti-parti alternatif yang boleh duduk semeja untuk berunding.
"Nasihat beliau bukan untuk Melayu sahaja tetapi manifestasi semua pihak termasuk pentadbiran awam dan wakil rakyat. Beliau mahu memberitahu tentang kedudukan Melayu dalam perundangan dan perlembagaan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan yang wujud pada hari ini bersifat 'peraturan minoriti' di bawah pemimpin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan jika parti itu keluar, PH boleh tumbang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>