Ecuador diisytihar darurat

Iklan
Penunjuk perasaan bertempur dengan polis di bandar Quito, semalam. - Foto Agensi

QUITO - Presiden Ecuador, Lenin Moreno mengisytiharkan darurat di negara itu susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis berikutan demonstrasi terhadap kenaikan harga bahan api selepas kerajaan menghapuskan subsidi.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada peserta protes yang melemparkan batu dan bom api di bandar bersejarah Quito.

Iklan
Iklan

Menurut Moreno, langkah itu diambil untuk melindungi keselamatan rakyat dan mengelakkan kekacauan.

Bantahan terbesar dalam tempoh sedekad itu diketuai sektor pengangkutan termasuk pelajar dan beberapa kumpulan lain.

Iklan

Menteri Pertahanan, Oswaldo Jarrin berkata, lebih 21 anggota polis cedera dalam keganasan itu dan 277 lagi ditahan kerana vandalisme.

Semalam, kerajaan menghapuskan subsidi dan menaikkan harga bahan api 120 peratus sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa untuk mendapatkan pinjaman meskipun hutang awamnya tinggi. - AFP

Iklan