Raja Muda Perlis ziarah Pesuruhjaya Pas

Iklan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meluangkan masa berbual bersama keluarga Mohd Shukri.

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melawat Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli yang masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar hari ini.

Mohd Shukri Ramli rebah ketika memulakan ucapan dalam ceramah muafakat Pas-UMNO di Dewan 2020 malam kelmarin.