Azmin tak wajar pertikai lantikan diumum Anwar
Iklan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Foto Rosli Talib
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin tidak sewajarnya mempertikaikan secara terbuka pelantikan kepimpinan parti yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Salah seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) lantikan, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sebaliknya Mohamed Azmin perlu menggunakan kedudukannya untuk berbincang dahulu dengan Anwar.
Iklan
Iklan
"Siapa-siapa saja boleh keluar kenyataan, namun sebagai Timbalan Presiden beliau ada ruang untuk berbincang dengan Presiden. Tetapi beliau keluar kenyataan dalam masa singkat selepas pengumuman lantikan.
"Jadi saya rasa itu tidak berapa wajar, sepatutnya beliau bincang dulu dan kemudian rujuk kepada MPP. Jika selepas itu ada persetujuan bersama, barulah boleh buat perubahan,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Sebelum ini, Mohamed Azmin dalam satu kenyataan mempertikaikan pelantikan beberapa jawatan utama kepemimpinan parti seperti diumumkan Anwar yang disifatkan membelakangkan pandangan akar umbi.
Susulan itu, Anwar menasihatkan Mohamed Azmin agar menggunakan saluran yang betul untuk membangkitkan isu dalaman parti.
Iklan
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, semua orang perlu berlapang dada menerima pelantikan oleh Presiden.
"Setelah habis kongres dan pemilihan parti, tiba masa untuk kita ‘move on’. Lagipun lantikan dibuat setelah mengadakan perbincangan.
"Kalau fikir tak puas hati sampai bila pun takkan habis. Jadi, kita kena ada sikap untuk terima lantikan Presiden itu dan kemudian bekerjasama untuk bangunkan parti dan tolong ahli-ahli,” katanya.
Berkenaan lantikannya sebagai ahli MPP, beliau menganggapnya sebagai ruang baharu untuk melaksanakan tanggungjawab dalam parti.
"Sejujurnya saya tak kisah kalau tak dilantik. Sebelum ini saya Ketua Penerangan PKR, tetapi tidak dipilih semula.
"Tetapi saya tidak kisah kerana masih boleh bantu Ketua Penerangan yang baharu. Yang penting ialah bagaimana kita boleh tolong untuk bantu rakyat dan parti,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'PH perlu tanya diri sendiri kenapa gagal dapat undi Melayu' - Khairy Jamaluddin"><meta itemprop="description" content="Pakatan Harapan (PH) sepatutnya bertanya kepada diri sendiri mengapa gabungan itu gagal meraih sokongan pengundi Melayu, bukannya menyalahkan parti lain.
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebelum ini beliau pernah menyatakan gabungan terbabit gagal mengurus sensitiviti orang Melayu dengan baik, namun telah menimbulkan rasa kurang senang mereka
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789188/berita/politik/ph-perlu-tanya-diri-sendiri-kenapa-gagal-dapat-undi-melayu---khairy-jamaluddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNS #KJ #UMNO"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-24T05:22:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cp_Mc1gOlRFMlSVYG/x1080"><meta itemprop="duration" content="P94S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaroome"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaroome"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaroome"></script>