Mayat reput, berulat ditemui dalam rumah
Iklan
Gambar hiasan
KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan reput dan berulat dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Marak di sini malam tadi.
Mangsa yang berusia 60-an itu ditemui oleh seorang penduduk yang juga kenalan mangsa pada jam 8.30 malam.
Iklan
Iklan
Lelaki berkenaan, Ahmad Shukri Shafie, 25, berkata, berikutan mangsa tinggal bersendirian di rumah itu, dia selalu menjenguk warga emas terbabit.
Katanya, sebaik tiba dia terhidu bau busuk dan bertindak membuka pintu sebelum melihat mayat warga emas itu dalam keadaan terlentang dan berulat.
Iklan
"Saya pergi ke rumah mangsa untuk berjumpa dengannya namun terhidu bau busuk sebaik sampai di rumah itu.
"Sebaik buka pintu saya nampak mayat sudah berwarna biru dan berulat,” katanya ketika ditemui di sini.
Iklan
Menurutnya, dia kemudian segera memberitahu penduduk kampung dan menghubungi pihak polis bagi memaklumkan penemuan berkenaan.
"Mangsa ini ada memberitahu dia menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kali terakhir kami bertemu pada dua minggu lalu.
"Kami berbual seperti biasa dan ketika itu dia sihat serta tidak menunjukkan apa-apa yang pelik,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>