4 rumah hangus, penghuni tinggal sehelai sepinggang
Iklan
Kebakaran melibatkan empat buah rumah di Jalan Kampung Melayu di sini petang tadi. FOTO:Ihsan Bomba Selangor
BATU CAVES - Penghuni empat rumah di Jalan Kampung Melayu di sini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dalam kebakaran petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.09 petang tadi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Rawang ke lokasi sebaik menerima maklumat.
"Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan empat buah rumah teres satu tingkat kelas B.
Iklan
"Kesemua rumah ini hangus seratus peratus dalam kejadian tersebut,” katanya.
Beliau berkata, kebakaran berjaya di kawal pada jam 2.35 petang.
Iklan
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>