MBO kekal di Malaysia untuk lima tahun akan datang
Iklan
Balasubramanian (kiri) dan Abdul Fattah pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ikatan Koperasi Antarabangsa di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
KUALA LUMPUR - Pejabat Perniagaan Koperasi Rantau Asia Pasifik (MBO) akan terus kekal di Malaysia untuk lima tahun akan datang selepas mula bertapak di negara ini pada 2014.
Khabar gembira itu disahkan sendiri oleh Pengarah Rantau Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia Pasifik (ICA-AP), Balasubramanian Iyer pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ikatan Koperasi Antarabangsa, di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) kerana memberi sokongan kepada mereka sejak berada di Malaysia lima tahun lalu.
"MBO telah membantu dari segi menghubungkan ahli dalam industri e-dagang, tenusu, pelancongan dan banyak lagi, malah kami mengadakan pelbagai bengkel dan seminar di Malaysia.
Iklan
"Saya fikir kita sudah melakukan tugas yang baik dalam mempromosikan MBO dan ahlinya yang datang daripada pelbagai negara.
"Mesyuarat hari ini, kita merancang apa yang MBO patut lakukan hari ini dan bincangkan hala tuju selepas ini,” katanya.
Iklan
Turut hadir, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Kamarudin Ismail; Naib-naib Presidennya, Datuk Mohamad Ali Hasan, Dr Mohd Azlan Yahya, Datuk Che Mohd Shukri Che Isa dan Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nasir Khan Yahaya.
Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah gembira MBO kekal di Malaysia sekali gus memenuhi permintaan Angkasa yang mahukan mereka kekal di negara ini.
"Sebelum ini pejabatnya ada di Singapura dan berpindah ke Malaysia sejak lima tahun lepas. Kami gembira apabila MBO menyatakan mereka akan kekal di negara kita.
"Saya harap ahli koperasi di bawah Angkasa rebut peluang ini sebaiknya terutama untuk menembusi pasaran di Asia Pasifik," katanya.
Menurutnya, peranan dan fungsi MBO ialah menggalakkan perniagaan di Malaysia dan beliau melihat rantau Asia Pasifik berpotensi untuk membangunkan perniagaan koperasi kepada koperasi.
"Dengan adanya kerjasama bersama MBO, kita boleh kembangkan peluang perniagaan dan memasuki pasaran baharu di negara seperti Jepun, Korea serta China.
"Setakat ini hanya empat negara (China, Jepun, Korea Selatan) termasuk Malaysia menyertai MBO dan kita harap lebih banyak negara akan turut serta selepas ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>