Bangun semula Sungai Lembing dengan ciri-ciri keselamatan

Iklan
Rosli (kanan) bersama pimpinan Pas yang lain turun padang ke lokasi kebakaran.

KUANTAN - Sungai Lembing sebagai sebuah lokasi pelancongan boleh dipulihkan kembali menerusi binaan dan pembangunan semula yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, Sungai Lembing adalah salah sebuah lokasi pelancongan unik dan menarik di Pahang justeru usaha memulihkan kembali imejnya selepas tragedi buruk perlu dilakukan.

Iklan
Iklan

"Kita berharap pihak kerajaan dapat memulihkan semula kawasan ini.

"Mungkin dengan binaan yang lebih baik mengutamakan ciri-ciri keselamatan, Sungai Lembing akan kembali menjadi lokasi tarikan pelancong," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Sungai Lembing mampu dikembalikan semula sebagai lokasi pelancongan jika dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan.

Beliau berkata, Pas juga akan menghulurkan bantuan bersesuaian kepada mangsa-mangsa kebakaran bagi mengurangkan beban mereka.

"Satu lawatan sudah dilakukan ke kawasan tersebut untuk menilai dan melihat sendiri keadaan di sana.

Iklan

"Pas melalui Lajnah Kebajikan dalam perbincangan untuk menentukan apakah bentuk bantuan yang boleh kami salurkan kepada mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang mangsa kebakaran ditemukan rentung

ARTIKEL BERKAITAN: Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran 31 premis