Pengantin putus harapan susulan letupan di majlis perkahwinan

Iklan
Mirwais Elmi. - Foto Reuters

KABUL - Pengantin lelaki berasa patah hati dan putus harapan susulan serangan berdarah pada majlis perkahwinannya yang menjadi sasaran pengebom berani mati di Kabul, Sabtu lalu.

Dalam satu temuramah televisyen, Mirwais Elmi berkata, isterinya terselamat namun abang dan saudara-maranya yang lain antara 63 mangsa maut.

Iklan
Iklan

Mirwais mengingat kembali saat dia menyambut tetamu di dewan perkahwinan dan melihat mayat mereka dibawa keluar beberapa jam kemudian.

"Saya hilang segala harapan. Saya kehilangan abang, rakan-rakan dan saudara-mara. Saya tidak akan mengecapi bahagia lagi dalam hidup.

Iklan

"Saya juga tidak mampu untuk menghadiri upacara pengebumian mereka, saya tahu penderitaan akan berterusan buat rakyat Afghanistan," katanya sayu.

Sementara itu, ayah Mirwais memberitahu media Afghanistan, seramai 14 ahli keluarganya terkorban dalam insiden letupan terbabit.

Iklan
Upacara pengebumian mangsa insiden letupan terbabit telah mula dijalankan. - Foto Reuters

ARTIKEL BERKAITAN: 63 maut, 182 cedera letupan majlis perkahwinan di Kabul

Militan Daesh sebelum ini mengaku bertanggungjawab melakukan serangan yang turut mencederakan lebih 180 mangsa itu.

Serangan berkenaan membuktikan kesukaran yang harus ditempuh dalam mencapai keamanan di Afghanistan.

ARTIKEL BERKAITAN: Daesh mengaku terlibat kes letupan di majlis perkahwinan

Daesh yang bertapak di timur dan utara Afghanistan berjuang menentang kerajaan serta pasukan antarabangsa diketuai Amerika Syarikat (AS) tidak terlibat dalam rundingan damai yang diadakan di Qatar sebelum ini.

Taliban yang mengadakan rundingan langsung dengan kerajaan AS pula terus melancarkan serangan maut di seluruh negara dan setakat ini enggan bertemu kerajaan Afghanistan bagi rundingan rasmi. - Agensi