Taska boleh tutup kalau naikkan yuran
Iklan
Wan Fatihah Wan Khalik
MACHANG - Sekalipun berdepan peningkatan kos operasi namun langkah menaikkan yuran taska bukan penyelesaian terbaik kepada pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) di luar bandar yang mana akan memberi kesan langsung kepada ibu bapa.
Penyelia Taska Afdhal, Wan Fatihah Wan Khalik berkata, dengan pendapatan yang terhad, ibu bapa terpaksa memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah pengasuh berbanding ke taska jika yuran dinaikkan.
Katanya, kehidupan di kawasan luar bandar tidak sama seperti di bandar-bandar yang mana kebanyakan ibu bapa bergaji tinggi.
"Dengan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini, kami perlu mengambil kira pendapatan ibu bapa anak-anak di sini.
Dengan yuran sekitar RM280-RM300 pun ada yang terpaksa bayar secara ansuran apatah lagi jika yuran dinaikkan. Kalau naikkan juga, kami berdepan kemungkinan taska terpaksa ditutup.
"Kami berharap kerajaan membantu pengusaha-pengusaha taska dengan menyediakan kemudahan sebagaimana yang diperlukan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Mungkin di bandar-bandar, kenaikan harga bukan masalah besar bagi ibu bapa namun tidak di kawasan luar bandar, pelbagai faktor perlu diambil kira," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Norsheila Abdullah berkata, yuran taska dijangka meningkat antara 10 hingga 30 peratus berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minium tahun depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>