Wujud Rumah Ngaji di kampung orang asli

Iklan
Sebahagian peserta mengikuti kursus yang dikendalikan penceramah, Shamsul Mohd Noor, baru-baru ini.

LIPIS - Rumah Ngaji daerah Lipis merancang untuk mewujudkan lebih banyak Rumah Ngaji di daerah itu termasuk di kawasan perkampungan orang asli menjelang 2025.

Pengerusinya, Zaki Zabidi berkata, tumpuan diberikan kepada 20 buah surau yang terdapat di kampung orang asli di daerah itu dengan menyediakan kelas pengajian al-Quran melalui program Rumah Ngaji.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seboleh-bolehnya Rumah Ngaji ini dikendalikan tenaga pengajar dari kalangan orang asli sendiri.

"Saya berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga pengajar kelas al-Quran dalam kalangan saudara baharu orang asli supaya mereka dapat memainkan peranan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Iklan

"Kita mengadakan kursus 'training of trainer' kaedah cepat celik al-Quran ini kepada saudara baharu orang asli dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) daerah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Lipis baru-baru ini.

"Kursus julung kali diadakan itu turut disertai ahli Perkim Lipis dan Briged Dakwah MUIP Lipis membabitkan 40 peserta keseluruhannya," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kursus celik al-Quran tersebut menggunakan teknik al-Badar.

"Peserta bukan sahaja belajar malah mereka juga didedahkan dengan kemahiran mengajar teknik tersebut," katanya.